Description
Minyak zaitun merupakan salah satu anugerah Allah SWT yang disebut dalam Al-Quran sebagai tanda keberkatan dan manfaatnya kepada manusia lebih-lebih lagi minyak zaitun kami datangkan dari bumi Sinai seperti Allah berfirman :
وَشَجَرَةً تَخْرُجُ مِن طُورِ سَيْنَاءَ تَنْبُتُ بِالدُّهْنِ وَصِبْغٍ لِلْآكِلِين
Maksudnya: “Dan (Kami jadikan juga) sebatang pokok (zaitun) yang tumbuh di kawasan Thur Sina, yang menghasilkan minyak dan menjadi lauk/pemakanan bagi orang-orang yang makan.”
(Surah Al-Mu’minun, 23:20)
Ayat ini menunjukkan keistimewaan dan keberkatan pokok zaitun yang berasal dari bumi para nabi, yang bukan sahaja menjadi sumber pemakanan tetapi juga mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan manusia. Minyak zaitun terbukti membantu mengawal kolesterol, tekanan darah, kencing manis, dan menjaga kesihatan jantung.
Beramal dengan menggunakan wahyu seperti minyak zaitun pastinya mendatangkan seribu kebaikan dalam kehidupan seharian.Minyak yang diproses mengandungi bahan kimia semulajadi yang memberi manfaat jangka masa panjang seperti vitamin E yang dapat mencegah penuaan & antioksidan untuk menyahtoksidkan hasil metabolisma didalam badan serta melindungi kulit,asid lemak untuk mengurangkan kolesterol jahat dalam badan dan triterpenoid untuk antiradang dan anti kanser serta banyak lagi manfaat lain yang boleh didapati dari minyak zaitun ini berbanding bahan kimia yang diproses di makmal yang tidak mendatangkan kebaikan malah memberi *kesan sampingan *kepada pengguna dalam jangka masa panjang.
Menggunakan minyak zaitun dalam kehidupan seharian adalah satu ikhtiar yang selari dengan wahyu, di mana ia menjadi simbol keberkatan dan penjagaan kesihatan yang dianjurkan dalam Islam. Jadikan minyak zaitun sebagai amalan sunnah untuk kesihatan tubuh dan rohani, kerana ia adalah hadiah Allah SWT kepada hamba-Nya dari bumi yang diberkati.
𝐌𝐢𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐙𝐚𝐢𝐭𝐮𝐧 𝐌𝐞𝐬𝐢𝐫 (𝐓𝐡𝐮𝐫𝐬𝐢𝐧𝐚) 𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚 𝐕𝐢𝐫𝐠𝐢𝐧 𝐎𝐥𝐢𝐯𝐞 𝐎𝐢𝐥 𝐎𝐫𝐢𝐠𝐢𝐧𝐚𝐥 mengandungi, Polyphenol, Tyrosol Biofenol, Vitamin E, Vitamin K, Omega-3, Omega-9
Kesemua bahan-bahan ini terbukti secara saintifik mampu memberikan pelbagai manfaat seperti berikut;
1. Mengurangkan risiko penyakit jantung
2. Kawalan gula darah yang lebih baik
3. Mencegah dari kanser
4. Kesihatan otak bertambah baik
5. Melancarkan penghadaman
6. Sesuai untuk pesakit dialisis buah pinggang
7. Mencegah dari dialisis dan penyakit buah pinggang
𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐚𝐧:
Pagi sebelum/selepas sarapan – 1-2 sudu besar
Malam sebelum tidur – 1-2 sudu besar
𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧:
Simpan di tempat kering, jauhi haba tinggi, simpan pada suhu bilik normal.

Reviews
There are no reviews yet.