Mengenai Kami Kilang Habbatus Sauda Saadi
Pengilang, Pemborong Dan Peruncit Makanan Kesehatan
Mengenai Kami kilang habbatus sauda saadi
Sejak tahun 2004, Al Baladul Amin Trading telah berdiri sebagai pengilang dan pemborong produk sunnah yang berkualiti tinggi, khususnya minyak Habbatus Sauda’ yang dengan ini merupakan syarikat pertama yang membawa habbatussauda ke malaysia.
Syarikat ini diterajui oleh seorang pendakwah bebas serta bekas pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir. seorang yang berpengalaman dalam bidang ilmu agama dan sunnah Rasulullah ﷺ.
Segalanya bermula ketika pengasas masih menuntut di Universiti Al-Azhar. Beliau melihat bagaimana masyarakat Arab begitu meluas menggunakan mesin perahan minyak untuk menghasilkan minyak habbatus sauda’ yang asli. Dari situlah timbul ilham untuk membawa khazanah sunnah ini pulang ke tanah air, kerana pada ketika itu produk habbatus sauda’ masih belum dikenali di Malaysia. Niatnya jelas – menyebarkan amalan dan perubatan sunnah yang telah disabdakan oleh Nabi ﷺ, agar lebih ramai masyarakat mendapat manfaat daripadanya.
Bermula dengan Minyak Habbatus Sauda’ Saadi, kini jenama kami berkembang dengan pelbagai produk sunnah lain yang memberi manfaat besar kepada kesihatan dan kehidupan seharian, antaranya:
Minyak Zaitun Mesir (Extra Virgin)
Madu Bunga Habbatus Sauda’
Minyak Sacha Inchi
Minyak Kelapa Dara
Minyak Bijan
Produk penjagaan diri seperti sabun dan pencuci muka
Dengan izin Allah, Al Baladul Amin Trading akan terus berusaha menghasilkan lebih banyak produk sunnah yang berkualiti tinggi pada masa hadapan – agar setiap keluarga Muslim dapat mengamalkan gaya hidup sihat berpandukan sunnah Rasulullah ﷺ.
Saadi – Sunnah Diamalkan, Kesihatan Diraih.